BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 20, 2012

Buang Bayi




Aku Pelik dengan remaja sekarang ni yang tak pernah berfikir panjang dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin bagi mereka zaman muda inila masanya untuk mereka berseronok tanpa memikirkan soal dosa. Mungkin bagi mereka keseronokan itu lebih penting dari segala-galanya.

Yang paling menyedihkan kaum melayu merupakan kaum yang paling ramai membuang bayi. Pasangan yang terlibat kebanyakannya berumur belasan tahun dan masih bersekolah. Statistik juga menunjukkan kes pembuangan bayi adalah semakin meningkat. Nauzubillah...

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. 

Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. 


Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.

0 comments: