BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 2, 2012

Kampungku

Mula-mula sekali aku ingin bercerita mengenai sejarah nama kampung halamanku iaitu Kampung Gajah Perak. Sebenarnya ada pelbagai versi menceritakan asal usul nama Kampung Gajah ni. Menurut sejarah lisan yang disampaikan turun-temurun oleh penduduk kampung, Kampung Gajah ini mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak gajah yang mendiami hutan rimba berhampiran Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dengan memakan pokok pisang dan umbut kelapa yang ditanam oleh penduduk kampung. Oleh sebab itu, kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

Sementara itu, ada satu sumber lisan pula mengatakan nama Kampung Gajah diambil sempena sekumpulan gajah yang menginap di Bukit Tunggal turun minum ke Sungai Perak. Kampung Gajah menjadi laluan utama gajah-gajah tersebut sebelum sampai di Sungai Perak. Maka, kampung ini diberi nama sempena sekumpulan gajah berkenaan.

Kampung Gajah juga sinonim dengan buah durian warisan. Pokok2 mencecah ratusan tahun. Jadi jangan terkejut jika korang berkunjung di sini korang akan nampak berlambak2 pokok durian di sepanjang jalan...Hampir majoriti penduduknya mempunyai pokok durian sendiri. Kalau time musim buah durian, memang berlonggok2 la durian di tepi2 jalan untuk dijual dan harganya memang murah berbanding tempat lain. Durian yang paling terkenal ialah durian Tok Paduka Raja.

 Replika durian yg ada di jalan masuk kg aku


    Replika durian yang berada di jambatan dan simpang ke bota


   Durian yang berlonggok di sepanjang jalan


Selain itu, di jalan masuk kampung aku terdapat kompleks Sejarah Pasir Salak.
Kompleks Sejarah Pasir Salak ini dibina bagi memperingati perjuangan Dato Maharaja Lela yang menentang undang2 British dan juga merupakan lokasi pembunuhan Residen British yg pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch.
















Jika kome ingin melihat sendiri kawasan bersejarah ini datangla berkunjung ke Pasir Salak dan jangan lupe mohle singgah ke ghomah teman yer....

SEBELUM TERLAMBAT


Erm sedar x sedar umur aku tahun ni sudah mencecah 28 tahun.....lagi dua tahun mencecah angka 30....erm tuanya aku....bila dikenangkan kembali perjalanan masa kita ni sebenarnya begitu singkat sekali. 

Apepun semakin umur kita meningkat semakin dekatla kita dengan kematian. Sementara kita hidup inilah kita pergunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah sebelum ajal datang menjemput kita.

Nabi S.A.W bersabda : Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberikan umur yang panjang dan umur yang panjang itu dipergunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang di beri Allah umur yang panjang tetapi umur yang panjang itu dipergunakan untuk membuat kejahatan.

Dan kita perhatikan pula sabda Nabi Muhammad SAW berikut: Siapa yang sudah masuk umurnya empat puluh tahun tetapi kebaikannya belum dapat mengalahkan kejahatannya, maka lemparkanlah saja ke dalam api neraka jahanam. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, merenung kembali selama kita hidup di dunia ini sudah cukupkah segala amalan dan bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak. Semoga kita ditempatkan ke dalam golongan-golongan orang yang beriman.