BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, March 2, 2012

Kampungku

Mula-mula sekali aku ingin bercerita mengenai sejarah nama kampung halamanku iaitu Kampung Gajah Perak. Sebenarnya ada pelbagai versi menceritakan asal usul nama Kampung Gajah ni. Menurut sejarah lisan yang disampaikan turun-temurun oleh penduduk kampung, Kampung Gajah ini mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak gajah yang mendiami hutan rimba berhampiran Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dengan memakan pokok pisang dan umbut kelapa yang ditanam oleh penduduk kampung. Oleh sebab itu, kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

Sementara itu, ada satu sumber lisan pula mengatakan nama Kampung Gajah diambil sempena sekumpulan gajah yang menginap di Bukit Tunggal turun minum ke Sungai Perak. Kampung Gajah menjadi laluan utama gajah-gajah tersebut sebelum sampai di Sungai Perak. Maka, kampung ini diberi nama sempena sekumpulan gajah berkenaan.

Kampung Gajah juga sinonim dengan buah durian warisan. Pokok2 mencecah ratusan tahun. Jadi jangan terkejut jika korang berkunjung di sini korang akan nampak berlambak2 pokok durian di sepanjang jalan...Hampir majoriti penduduknya mempunyai pokok durian sendiri. Kalau time musim buah durian, memang berlonggok2 la durian di tepi2 jalan untuk dijual dan harganya memang murah berbanding tempat lain. Durian yang paling terkenal ialah durian Tok Paduka Raja.

 Replika durian yg ada di jalan masuk kg aku


    Replika durian yang berada di jambatan dan simpang ke bota


   Durian yang berlonggok di sepanjang jalan


Selain itu, di jalan masuk kampung aku terdapat kompleks Sejarah Pasir Salak.
Kompleks Sejarah Pasir Salak ini dibina bagi memperingati perjuangan Dato Maharaja Lela yang menentang undang2 British dan juga merupakan lokasi pembunuhan Residen British yg pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch.
















Jika kome ingin melihat sendiri kawasan bersejarah ini datangla berkunjung ke Pasir Salak dan jangan lupe mohle singgah ke ghomah teman yer....

SEBELUM TERLAMBAT


Erm sedar x sedar umur aku tahun ni sudah mencecah 28 tahun.....lagi dua tahun mencecah angka 30....erm tuanya aku....bila dikenangkan kembali perjalanan masa kita ni sebenarnya begitu singkat sekali. 

Apepun semakin umur kita meningkat semakin dekatla kita dengan kematian. Sementara kita hidup inilah kita pergunakan sebaik-baiknya ke jalan Allah sebelum ajal datang menjemput kita.

Nabi S.A.W bersabda : Sebaik-baik manusia adalah orang yang diberikan umur yang panjang dan umur yang panjang itu dipergunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya, dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang di beri Allah umur yang panjang tetapi umur yang panjang itu dipergunakan untuk membuat kejahatan.

Dan kita perhatikan pula sabda Nabi Muhammad SAW berikut: Siapa yang sudah masuk umurnya empat puluh tahun tetapi kebaikannya belum dapat mengalahkan kejahatannya, maka lemparkanlah saja ke dalam api neraka jahanam. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, merenung kembali selama kita hidup di dunia ini sudah cukupkah segala amalan dan bekalan untuk kita bawa ke akhirat kelak. Semoga kita ditempatkan ke dalam golongan-golongan orang yang beriman.


Monday, February 20, 2012

Buang Bayi




Aku Pelik dengan remaja sekarang ni yang tak pernah berfikir panjang dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin bagi mereka zaman muda inila masanya untuk mereka berseronok tanpa memikirkan soal dosa. Mungkin bagi mereka keseronokan itu lebih penting dari segala-galanya.

Yang paling menyedihkan kaum melayu merupakan kaum yang paling ramai membuang bayi. Pasangan yang terlibat kebanyakannya berumur belasan tahun dan masih bersekolah. Statistik juga menunjukkan kes pembuangan bayi adalah semakin meningkat. Nauzubillah...

Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya dan menjadi satu amanah untuk menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak dikurniakan lagi, tapi bagi pasangan-pasangan ini mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan mereka. 

Ingatlah kita bersama bahawa zina dan tindakan membuang bayi adalah jenayah yang amat besar dosanya serta berat hukumannya disisi Islam. 


Firman Allah S.W.T didalam surah an-nisa’ ayat 93:
“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.

Al Fatihah

Pesakit Barah Tulang Meninggal Dunia

Adik Mohd Zulhafiz Abdul Ghani,21 tahun menghembuskan nafas terakhirnya pada 8.55 malam (19.02.2012) di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas 2 minggu dia dimasukkan ke hospital itu untuk mendapat rawatan.

Seminggu sebelum meninggal dunia, ketumbuhan seberat 20 kg di bahu kiri Allahyarham tiba-tiba meletup dan mengeluarkan darah dan air serta meninggalkan lubang sebesar bola ping pong.

Doktor memaklumkan kematian Allahyarham Mohd Zulhafiz, iaitu anak bongsu daripada lima beradik itu adalah disebabkan jangkitan kuman di paru2 dan beberapa organ dalaman akibat penyakit yang dihidapinya itu.

Bila aku kenangkan penderitaan adik ni aku betul2 sedih sgt....kesian kat adik ni kena lalui penderitaan yang macam tu...pepun Allah lebih menyayangi dirinya..

Marilah kita sedekahkan Al Fatihah buat Allahyarham..Semoga rohnya tenang dan ditempatkan ke dalam golongan org2 yang beriman.


Sunday, February 12, 2012

PEMAKAIAN TUDUNG

Pemakaian tudung yg tepat


Zaman sekarang ni aku tgk mcm2 gaya dan stail org memakai tudung....pepun memakai tudung tu semuanya perlu dengan satu niat iaitu utk menutup aurat....tapi ade sesetengah pemakaian tudung tu adalah kurg sempurna kerana tidak mengikut syariah yg ditetapkan....

Disini aku ingin kongsikan beberapa gaya pemakaian tudung yang ada di zaman kita sekarang ni.

TUDUNG MICKEY MOUSE
Pemakaian tudung yg hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Erm mgkin bg mereka nak tunjuk subang atau ape2 perhiasan yg dorg pakai...ade yg lagi dasyat tudung dililit sehingga menampakkan leher.

TUDUNG LILIT
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Pemakaian begini seolah2 sengaja utk menayangkan aset wanita yg telah dikurniakan.

TUDUNG SEE THROUGH
Tudung jenis ini merupakan tudung yg agak popular dan byk di merata tempat..kain jenis ini sgt nipis sehingga menampakkan leher dan telinga walaupun dah dipakai elok. Lebih2 lagi jika tidak memakai anak tudung kerana seperti tiada bezanya dgn mereka yg tidak bertudung.

TUDUNG JAMBUL
Erm jenis tudung ni byk juga kita lihat dipakai di dalam kaca tv...Selalu di pakai di dalam drama melayu dan dikalangan org2 atasan.

TUDUNG SINGLET
Pemakaian tudung sempurna cuma pemakaian baju pula tidak bersesuaian kerana memakai baju lengan pendek.

TUDUNG SAJI
Sekejap pakai sekejap tak..selendang yg hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yg mana selendang tu sekejap turun dan sekejap diangkat oleh si pemakai.






MIMPI

Erm rini aku nak cite pasal mimpi aku malam tadi...bila aku bgun tido aku syik teringat jer...korang nak tau tak aku mimpi ape???cer teka??hehe...

Bile aku cite ni korg jgn plak nak termuntah ke ape yerk....sape yg tgh mkan tu aku tak jamin la korg leh teruskan baca post aku ni atau tidak...

Ni aku nak citer...korg nak tau..smlm bleh plak aku mimpi berak...yg peliknya masa dalam mimpi tu mcm susah beno aku nak berak...ade aje halangan...hehe....rasa mmg mencabar la ekspedisi aku nak melepas tu...erm bile pk2 napela aku leh mimpi nak berak tu..padahal aku takdela rasa nak berak pun...hehehe...

erm bile aku search kat google ade gak maksud mimpi ni tp aku tak taula sama betul atau tak....

MIMPI BERAK/BUANG AIR BESAR
Segala kesusahan kita akan hilang...rezeki akan datang..

Walau pepun mimpi tu semua kan hanya mainan tidur..cuma kalau betul mgkin ia satu petanda utk kita....dan kadag2 mgkin ianya satu kebetulan....pepun semoga hidup kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dan dijauhkan daripada perkara2 yg buruk.... Amin.....



Thursday, February 2, 2012

Ibu bapa kita...

Hari ni aku tgk rancangan "wanita hari ini" membincangkan tajuk pasal zaman sekarang ni ramai di antara kita yg menghantar mak ayah mereka ke rumah orang-orang tua....erm..bila aku tgk visual yg ditayangkan...aku rasa sedih sgt....erm....aku peliklah nape mereka sanggup hantar mak ayah dorg kt umah org2 tua...susah sgtke nak jaga mereka...erm aku tau mgkin skg ni faktor anak-anak sume bekerja..tu yg susah dorg nak jaga kan...tp bila aku fikir balik, masa kita kecik pun dorg sggup berkorban ape saja..so nape kita sbgai anak xnak berkorban demi mak ayah kita...

Aku pun dah jadi seorang ibu dan aku tau bagaimana pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya....erm ntahle...skg ni aku pun malas nak ckp byk tapi korg renung2kanla yerk.....bile lagi kita nak balas jasa mereka sbgai mak ayah kite..sementara mereka masih hidup ni la masanya....

Erm tetiba plak aku teringat mak ayah aku kt kg....rindunya pada mereka...tp aku kat Johor.. x selalu aku boleh balik Perak....pepun aku doakan semoga mak ayah aku dikurniakan kesihatan yang baik agar ia dapat menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dengan sempurna.....

    emak dan abah aku

Cuba Try Test......

Erm...Testing.........


Hai sume...aku sebenarnye baru je cuba buat blog ni...so aku sbnarnye tak tau nak cite pasal ape...so memula ni aku cuma cerita pasal diri aku dulu yer....


Org panggil aku Nana..aku mempunyai 3 adik beradik dan aku adalah anak jati Perak...tapi skg aku telah menetap di Johor kerana aku telah ditugaskan utk bekerja di sini.


Aku dah pun berkahwin dan telah dikurniakan  seorang cahaya mata lelaki yg bernama Haziq Nazhan bin Mohd khairil Azman..


Gambar Kahwin 3.7.10

Permata Hatiku Haziq Nazhan

So nila serba sedikit pasal diri aku yg aku leh kongsikan kat korg....kla....nanti kita sambung lagi yer..